Wednesday, April 29, 2009

PLAN LOKASI SEKOLAH




Lokasi ke sekolah

Plan klang.

HUBUNGI KAMI

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Andalas, 41200 Klang Selangor Darul Ehsan.

tel : 03 3373 7394

faks : 03 3373 0981


SEJARAH PENUBUHAN SMKSA.

Smk sri Andalas.

Smk Sri Andalas(SMKSA) terletak di Taman Sri Andalas, Klang. Pelajar kumpulan pertama mendaftar pada 1 Disember 1994/1995. Ketika itu bangunan SMKSA masih dalam pembinaan. Maka warga SMKSA terpaksa menumpang di bangunan sekolah rendah Kebangsaan Taman Sri Andalas yang teletak bersebelahan dengannya.


Pada sesi persekolahan 1996, bilangan tenaga pengajar menjadi 25 orang. Pada tanggal 4 Januari 1997, warga SMKSA berpindah ke bangunan baru. Kini setelah hampir 14 tahun penibuhanny, SMKSA mengalami pelbagai perubahan seperti pertambahan prasarana, pernambahan tenaga pengajar seramai 111 orang dan bilangan pelajar mencecah 2244 orang.


SMKSA akan terus memberi perkhidmatannya kepada masyarakat bagi melahirkan generasi yang berilmu dan bermoral bagi mengharungi hidup yang penuh cabaran agar agama, bangsa dan negara terus dibela dan dipertahankan.

Misi, Matlamat, dan Moto Sekolah

Misi
*Smk Sri Andalas berusaha menjadi sekolah cemerlang gemilang dan terbilang.
*Berusaha memberi pendidikan kepada murid untuk menjadi insane berkualiti berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Matlamat

Berusaha mencapai hasrat visi dan misi sekolah iaitu melahirkan modal insan yang unggul.


Moto

Ilmu teras kejayaan..

Pengertian lencana sekolah SMKSA.


*Bentuk "GLOB" berwarna biru membawa pengertian proses pendidikan yang bersifat sejagat dan sentiasa mengikut peredaran zaman.
*Gelung kuning yang dilingkungi oleh garisan bulatan biru melambangkan ikatan pemuafakatan pendidikan yang dibentuk dari suasana keharmonian bagi membina masyarakat yang berdaulat.
*Gelung putih menggambarkan nilai-nilai yang diterapkan dalam proses pendidikan.
*Benkong biru yang mempamerkan nama sekolah membawa maksud sifat bangga yang dimiliki oleh masyarakat sekolah dalam memelihara imej sekolah.


PENGERTIAN WARNA
-Kuning : Kedaulatan serta kemuliaan institusi pendidikan.
-Biru : Keharmonian yang dapat membina perpaduan agar masyarakat bersatu padu.
-Putih : Kesucian dan kemurnian nilai nilai yang diterapkan.


PENGERTIAN SLOGAN
Ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah sangat penting dan menjadi teras bagi menjamin kejayaan seseorang seterusnya melahirkan sebuah masyarakat yang berdaya maju, progresif dan saintifik.


LAGU SEKOLAH SMKSA
Perpaduan erat dan bersatu,
Teras meneroka ilmu,
Kejayaan gemilang yang dituju,
Bersama kita maju.
Melahirkan insan yang seimbang,
Dalam setiap bidang,
Sri Andalas sekolahku,
Maju terus maju.
Nilai murni amalan kami,
Percaya tuhan di paksi hati,
Falsafah pendidikan dihayati,
Kearah sekolah bestari.

Era pengetua-pengetua sekolah.

Sebelum menulis kisah pengetua SMK Sri Andalas kami ingin memohon maaf kerana tidak dapat melampirkan sekali gambar-gambar pengetua SMKSA. :D

PAda tahun 1994-1995- Pn.Zaharah bt.Mahmud.
PAda tahun 1995-1996 - Pn. Saliyah bt.Ahmad.
Pada tahun 1996-2005 - Tn Hj. Fardi b.Abdullah Shakur.
Pada tahun 2005-2009 - Pn Hjh. Rahmah bt.Arsyad.
Pada tahun 2009 - kini - Pn Jamilah bt.Ali.

Kemudahan Asas.

Ini juga salah satu benda yang penting untuk kami di sekolah, ini kerana tanpa kemudahan asas sesuatu aktiviti akan tertangguh. Antaranya ialah:
-Bengkel kemahiran hidup.
-Bilik darjah.
-Bilik rawatan.
-Bilik pengurusan akademik.
-Bilik rundingacara kaunseling.
-Bilik SPBT sekolah dan juga daerah.
-Bilik pusat sumber.
-Bilik tayangan.
-Bilik bahasa.
-Bilik pendidikan seni.
-Bilik majalah.
-Bilik mensyuarat.
-CCTV sekolah.
-Galeri sains.
-Gelanggang permainan.
-Kedai buku.
-koperasi sekolah.
-Makmal sains.
-Makmal matematik.
-Makmal komputer.
-Pejabat.
-Pondok bacaan.
-Surau.
-Tandas.
-Taman sains.
-Tapak perhimpunan.

Perhimpunan kami.



Makmal komputer.

Program Sekolah!!

ini
Program sekolah banyak yang telah dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Sri Andalas. Antaranya ialah:
-Merentas desa.
-Gotong royong.
-Bina insan.
-Hari kecemerlangan.
-Sukan tahunan.
-Mensyuarat PIBG sekolah.
-Perkembangan staf.
-Teknik menjawab PMR dan SPM.
-Bulan akedemik.
-Ceramah maal hijrah, maulidur rasul.
-Teknik belajar berkesan.
-Kempen Jom Solat.
-Solat hajat dan bacaaan yasin pada setiap hari jumaat.
-Kemuncak hari ko-kurikulum.
-Hari kemerdekaan peringkat sekolah.
-Program sekolah selamat.
-Hari permuafakatan ibu bapa[pelajar india].
-Program seribu harapan.
-Program motivasi insan cemerlang.
-Hari graduasi.
-Forum remaja Disayang, ibu bapa disanjungi.

Dengan aktiviti diatas sekolah kami telah menjayakannya dengan kerjasama semua pihak, selain itu sempat kami sediakan sedikit lampiran untuk kalian lihat sebagai buktinya.